Anggota polis trafik yang didakwa bergaduh dan memukul pemandu treler dalam kejadian pergaduhan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, semalam dipercayai hanya mahu mempertahankan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, anggota polis trafik itu sudah tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan berlaku.